Friday, April 4, 2008

Suspen Gelap2 (18sx)

Seorang bapak memanggil anak gadisnya masuk kedalam bilik. Dialog dia lebih kurang macam ni la...

Bapak : Bedah, mai sini sat. Bapak nak tunjuk sesuatu ni.

Bedah : Ya bapak, ada apa?

Bapak : Mai masuk dalam bilik pastu tolong tutup semua tirai tingkap.

Bedah : Apa???!!! (isk? bapak aku ni? lain macam jerr)

Bapak : Dengar tak bapak kata.....

Bedah : Ya bapak, Bedah dengar... cuma Bedah tak percaya apa yang bapak kata ni.

Bapak : Betulll. Bapak suruh hang masuk dalam bilik pastu tutup semua tingkap.

Bedah pun dalam ragu-ragu tu, dia ikut jugak la apa yang bapak dia suruh. Sambil tu dok pikir gak laa... apa la bapak dia nak buat, dah la kat rumah.

Bapak : Okeh... mai duduk sebelah bapak. Heh? heh...

Bedah : Eh!!! bapak, Bedah kena keluar dari bilik ni. Sat lagi mak balik...abis aaaa.

Bapak : Tak payah risau... mai duduk sini cepat!!!! Jangan bagi bapak berkasar.

Bedah pun terpaksa la duduk jugak... hati dia takleh cakap laa... berdebar giler ahhh. Dalam kepala dok terbayang jadi apa la nanti kat dia.

Bapak : Cantikkk!!! Yiihaaa. Astalavista bebeh. Okeh, mai masuk dalam selimut bapak plak.

Bedah : Apa???!!!

Bapak : Masuk la cepat!!! Dok cakap banyak pulak. Bapak ikat mulut tu karang aaa.

Bedah : Bapak...Bedah takut laaa. (nak nangis)

Bapak : Bedah, tengok ni

Bedah tak sanggup nak tengok... dia pejamkan mata. Dia tahu, bapak dia dok buang tebiat. Bapak dia dah gila. Kiranya, bapak dia tunjuk tu konon-konon nak intro dulu ler tu. Tapi dalam hati, Bedah teringin gak la nak tengok. Dia pun bukak la mata sikit.

Bapak : Cantik tak jam G-Shock baru bapak ni. Dia ader cahaya bila gelap. Mahal nih!!! Dah, pegi keluar.

Thursday, April 3, 2008

Kisah Seram Petronas Twin Tower

Ini ada satu cerita dari saorang kawan yang bekerja di Petronas Twin Tower.

Last week kawan saya ni balik lewat kerana nak ensure that servers dan PCs di office dia tak kena attack oleh CIH virus. Dia pulang dari pejabat kira-kira pukul 11.00 p.m. Dia bekerja ditingkat 8 bagunan itu dan hendak turun ke groundfloor. Bila dia masuk lift dia tekan G, lift itu tidak turun malahan naik dan berhenti di tingkat 35. Bila sampai ditingkat 35 pintu lift itu terbuka dan masuklah saorang gadis yang amat jelita. Dia tidak pernah lihat gadis sejelita itu. Kulitnya putih dan rambut ikar mayang serta berbau sangat wangi. Kawan saya ini berdiri dekat dengan pintu lift dan gadis itu berjalan terus kebelakang lift. Sejurus kemudian lift itu pun turun.

Ketika lift itu sedang turun kawan saya ini menikmatilah bau wangi gadis itu. Tetapi tidak lama kemudian lift itu berhenti dan lampu padam kerana black-out. Dia pun meraba-raba mencari butang loceng kecemasan lift itu. Ketika dia sedang maraba-raba itu tiba-tiba dia berbau suatu bau yang amat busuk.

Dalam kegelapan itu kawan saya itu terfikir macam-macam yang amat menyeramkan sehingga keseluruh bulu roma dibadannya berdiri. Lututnya pun makin lemah dan berbagai perkara bergeligar diotaknya. Teringat dia akan keluarganya dirumah dan sebagainya. Peluh dibadan sudah pun keluar dan kepala pun berpinar serasa akan pitam. Bau busuk itu maseh ada. Dalam kegelapan dan kesunyian itu dia rasa masa berjalan amat lambat sekali. Tiba-tiba lampu bernyala kembali dan lift pun berjalan semula menuju ke ground floor. Dengan rasa penuh cemas dan takut dia menoleh kebelakang untuk melihat samaada lembaga itu maseh ada atau tidak. Rupa-rupanya gadis itu maseh ada dan kali ini gadis itu tersenyum padanya hingga ternampak gigi-giginya yang amat cantek sambil berkata "I'm sorry, tadi I terkentut".

Tammatlah satu kesah.

Ulat Gonggok

Ada seorang budak sekolah darjah 5 ,memberi teka - teki kepada cikgu bahasa melayunya.

Pelajar: Cikgu pandai tak?

cikgu : mestilah pandai, kalau tak, tak jadi cikgu..

pelajar: emm kolo cikgu pandai, cikgu jawap teka - teki ni,

Cikgu : ha, ape dia?

Pelajar : ulat gonggok berapa kaki?

Cikgu : emmm Kolo mengikut kajian 100 kaki. betul?

Pelajar : salah

Cikgu : 99

pelajar : salah!

Cikgu : emm da tu berapa kaki,

Pelajar : cikgu kan pandai, kalau tak mcm mana leh jadi cikgu..

pelajar itu mengenakan cikgunya, lalu cikgunya terdiam.. dan akhirnya dia menyerah..

Cikgu : ok kalau semua salah, apa jawapannya.?

Pelajar : jawapannya, tak sampai satu kaki pun, sebab ulat gonggok pendek je.. hehehe

Lawak yang Sedih

Betullah bak kata orang. Bila ada di depan mata, tak pernah di hiraukan. Malahan, tak berterima kasih dan bersyukur langsung akan kehadirannya. Kini, barulah aku sedar akan hakikatnya.. aku terpaksa menerima kenyataan yang dia sudah tiada lagi disisiku. Malahan aku terpaksa menerima hakikat bahawa dia bukan milikku lagi.

Sebak di dada kurasakan. Menitis air mataku mengenangkan sejarah silamku dan dia. Tiada siapa yang dapat memahami akan perasaanku yang terluka. Aku menyendiri, tak mahu berjumpa dengan sesiapa. Tak mahu berjumpa dengan mak dan ayah yang telah memisahkan kami berdua apatah lagi dengan wanita yang bakal menjadi isteriku itu. Biarlah aku pendam sebuah luka di hatiku.

Kini, malamku terasa begitu sunyi...tidak seperti dulu sewaktu aku bersamanya.. Sukar untuk aku melelapkan mata. Ku pusing ke kanan,ku pusing ke kiri, tak bisa juga aku melelapkan mata. Dia kembali menerjah ke fikiranku. Oh tuhan...mengapa ini mesti terjadi pada diriku?

Mengapa sanggup kedua ibu bapaku memisahkan kami berdua? Tidakkah mereka tahu hubungan yang terjalin setelah sekian lama ini? Tidakkah mereka mengerti bahawa aku tidak boleh hidup tanpanya?

Aku tak dapat menahan lagi kesedihan yang ku pendam dan sebak di dadaku. Tanpa ku sedari, aku meraung sekuat hati "Kamu semua kejam, kejam, kejaaaaam"

"Kenapa dengan kau ni?"...ayah tiba tiba muncul didepanku. Dalam hatiku seraya berkata "eleh...sudah gaharu cendana pula...sudah tahu bertanya pula orang tua nih". Mak menghampiriku dan duduk disebelahku.

"Man, bukan niat ayah dan mak engkau nak buat begitu. Ini untuk kebaikan kau juga. Takkan bila dengan si Milah tu pun kau nak bawa dia bersama? Apa kata Milah nanti?"

"Apa berdosakah Man kalau Man bawa dia bersama? Kalau Milah sayangkan Man, Milah akan terima dia sebagai madunya. Apa salah dia? Apa salah kami, mak, ayah?"

Tiba tiba ayah naik berang "Tak salah kau kata? Halo...umur tu dah berapa.... kahwin kau minggu depan je lagi. Takkan kau nak bawak bantal busuk kau tu sekali? Mangkuk ayun punya anak".