Wednesday, July 2, 2008

Pontianak

Kejadian benar ni...

Pada suatu malam, ada 3 ekor pontianak sedang bertenggek diatas pokok sambil bergaduh tentang kehebatan masing-masing. Ketiga-tiga mengaku diri mereka hebat. Untuk menentukan siapa paling hebat, mereka pun cuba membuktikan kehebatan masing-masing. Pontianak A terbang dengan sepantas kilat. 15 saat kemudian balik semula ke pokok tersebut. Kelihatan ada keasan-kesan darah disekitar gigi.

Pontianak A : Kau orang nampak rumah tu?
Pontianak B & C : Nampak!
Pontianak A : Satu rumah tu habis aku kerjakan.



Pontianak B rasa tercabar. Pontianak B pula terbang lebih pantas dari pontianak A. 10 saat kemudian balik semula ke pokok tersebut. Kelihatan ada darah bukan setakat di gigi, malah pada keseluruhan mulut pontianan tersebut.

Pontianak B : Kau orang nampak kampung tu?
Pontianak A & C : Nampak!
Pontianak B : Habis satu kampung tu aku kerjakan



Pontianak C mula merasa membara dan terus terbang tanpa menoleh lagi. Lebih laju dari pontianak A dan B. Dalam masa 5 saat je dia kembali ke pokok tersebut. Kelihatan darah mengalir bukan sahaja pada mulut malah pada keseluruhan muka pontianak tersebut.

Pontiank C : Kau orang nampak tembok kat hujung sana tu ?
Pontianak A & B : Nampak!
Pontianak C : Tadi aku tak nampak..

No comments: