Friday, June 27, 2008

Mesin pengukur berat

Di sebuah shopping complex yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM1.00.. mesin komputer menjawab dengan kuat: "47 kg!!!"

Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: "52 kg!!!"

Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup 'chubby' dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan dengan kuat:

"Tolong naik sorang-sorang. . jangan ramai-ramai!!!! "

Peguam materialistik

Seorang peguam yang sangat berjaya memberhentikan Mercedes Benz siri S terbarunya di depan pejabatnya.. ketika dia membuka pintu keretanya.. sebuah lori melintas terlalu dekat menyebabkan terlanggar dan menerbangkan pintu kereta itu sekaligus menghentam bahagian depan Mercedesnya dg kuat..

Orang ramai segera datang berkerumun dan mereka melihat peguam itu menjerit-jerit dan menangis dengan histeria sambil menunjuk keretanya yang sudah kemek itu. Beberapa minit setelah dia dapat menguasai emosinya, beberapa orang menggeleng-gelengka n kepala dan memandang hina kepada peguam itu. Seorang dari mereka berkata,

"Saya tidak sangka yang sifat matrelialistik engkau sudah keterlaluan dan mata duitan. engkau hanya pentingkan harta dan tidak pentingkan benda lain"

"kenapa engkau berkata demikian?", tanya si peguam lelaki itu menjawab.. "Tidakkah engkau tahu yang lengan kiri engkau terputus diseret lori tadi?"

"Ya Tuhan!!", jerit si peguam tadi dengan kuat.. "Di mana jam tangan Rolex saya?!!"

Wednesday, June 25, 2008

'LePerr' aka 'Corner Baring'

Italy


Malaysia


Korea


China


Hongkong


German


Singapore


Indonesia

Wednesday, May 21, 2008

18mei 08 - Majlis Pertunangan Alan



ni baru sikit Je gambar yang lain tu lum sempat Uploadkan..

Friday, April 4, 2008

Suspen Gelap2 (18sx)

Seorang bapak memanggil anak gadisnya masuk kedalam bilik. Dialog dia lebih kurang macam ni la...

Bapak : Bedah, mai sini sat. Bapak nak tunjuk sesuatu ni.

Bedah : Ya bapak, ada apa?

Bapak : Mai masuk dalam bilik pastu tolong tutup semua tirai tingkap.

Bedah : Apa???!!! (isk? bapak aku ni? lain macam jerr)

Bapak : Dengar tak bapak kata.....

Bedah : Ya bapak, Bedah dengar... cuma Bedah tak percaya apa yang bapak kata ni.

Bapak : Betulll. Bapak suruh hang masuk dalam bilik pastu tutup semua tingkap.

Bedah pun dalam ragu-ragu tu, dia ikut jugak la apa yang bapak dia suruh. Sambil tu dok pikir gak laa... apa la bapak dia nak buat, dah la kat rumah.

Bapak : Okeh... mai duduk sebelah bapak. Heh? heh...

Bedah : Eh!!! bapak, Bedah kena keluar dari bilik ni. Sat lagi mak balik...abis aaaa.

Bapak : Tak payah risau... mai duduk sini cepat!!!! Jangan bagi bapak berkasar.

Bedah pun terpaksa la duduk jugak... hati dia takleh cakap laa... berdebar giler ahhh. Dalam kepala dok terbayang jadi apa la nanti kat dia.

Bapak : Cantikkk!!! Yiihaaa. Astalavista bebeh. Okeh, mai masuk dalam selimut bapak plak.

Bedah : Apa???!!!

Bapak : Masuk la cepat!!! Dok cakap banyak pulak. Bapak ikat mulut tu karang aaa.

Bedah : Bapak...Bedah takut laaa. (nak nangis)

Bapak : Bedah, tengok ni

Bedah tak sanggup nak tengok... dia pejamkan mata. Dia tahu, bapak dia dok buang tebiat. Bapak dia dah gila. Kiranya, bapak dia tunjuk tu konon-konon nak intro dulu ler tu. Tapi dalam hati, Bedah teringin gak la nak tengok. Dia pun bukak la mata sikit.

Bapak : Cantik tak jam G-Shock baru bapak ni. Dia ader cahaya bila gelap. Mahal nih!!! Dah, pegi keluar.

Thursday, April 3, 2008

Kisah Seram Petronas Twin Tower

Ini ada satu cerita dari saorang kawan yang bekerja di Petronas Twin Tower.

Last week kawan saya ni balik lewat kerana nak ensure that servers dan PCs di office dia tak kena attack oleh CIH virus. Dia pulang dari pejabat kira-kira pukul 11.00 p.m. Dia bekerja ditingkat 8 bagunan itu dan hendak turun ke groundfloor. Bila dia masuk lift dia tekan G, lift itu tidak turun malahan naik dan berhenti di tingkat 35. Bila sampai ditingkat 35 pintu lift itu terbuka dan masuklah saorang gadis yang amat jelita. Dia tidak pernah lihat gadis sejelita itu. Kulitnya putih dan rambut ikar mayang serta berbau sangat wangi. Kawan saya ini berdiri dekat dengan pintu lift dan gadis itu berjalan terus kebelakang lift. Sejurus kemudian lift itu pun turun.

Ketika lift itu sedang turun kawan saya ini menikmatilah bau wangi gadis itu. Tetapi tidak lama kemudian lift itu berhenti dan lampu padam kerana black-out. Dia pun meraba-raba mencari butang loceng kecemasan lift itu. Ketika dia sedang maraba-raba itu tiba-tiba dia berbau suatu bau yang amat busuk.

Dalam kegelapan itu kawan saya itu terfikir macam-macam yang amat menyeramkan sehingga keseluruh bulu roma dibadannya berdiri. Lututnya pun makin lemah dan berbagai perkara bergeligar diotaknya. Teringat dia akan keluarganya dirumah dan sebagainya. Peluh dibadan sudah pun keluar dan kepala pun berpinar serasa akan pitam. Bau busuk itu maseh ada. Dalam kegelapan dan kesunyian itu dia rasa masa berjalan amat lambat sekali. Tiba-tiba lampu bernyala kembali dan lift pun berjalan semula menuju ke ground floor. Dengan rasa penuh cemas dan takut dia menoleh kebelakang untuk melihat samaada lembaga itu maseh ada atau tidak. Rupa-rupanya gadis itu maseh ada dan kali ini gadis itu tersenyum padanya hingga ternampak gigi-giginya yang amat cantek sambil berkata "I'm sorry, tadi I terkentut".

Tammatlah satu kesah.

Ulat Gonggok

Ada seorang budak sekolah darjah 5 ,memberi teka - teki kepada cikgu bahasa melayunya.

Pelajar: Cikgu pandai tak?

cikgu : mestilah pandai, kalau tak, tak jadi cikgu..

pelajar: emm kolo cikgu pandai, cikgu jawap teka - teki ni,

Cikgu : ha, ape dia?

Pelajar : ulat gonggok berapa kaki?

Cikgu : emmm Kolo mengikut kajian 100 kaki. betul?

Pelajar : salah

Cikgu : 99

pelajar : salah!

Cikgu : emm da tu berapa kaki,

Pelajar : cikgu kan pandai, kalau tak mcm mana leh jadi cikgu..

pelajar itu mengenakan cikgunya, lalu cikgunya terdiam.. dan akhirnya dia menyerah..

Cikgu : ok kalau semua salah, apa jawapannya.?

Pelajar : jawapannya, tak sampai satu kaki pun, sebab ulat gonggok pendek je.. hehehe